Rosnani Yusof

Rosnani Yusof ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak Hanisah dalam sitkom Rumah Kedai yang bersiaran di TV3 dari 1988, 1991, 1992 dan 1993.Rosnani Yusof mula meraih kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Hanisah lakonannya dalam sitkom Rumah Kedai yang turut dibintangi bersama oleh Yusof Mohamad, Kartina Aziz, Khatijah Tan, Ros Mawar Mohd Aris, Sudiro Sukiman dan Harun Salim Bachik. Tetapi pada tahun 1989, Asilah Rafar menggantikan Rosnani Yusof untuk musim kedua sahaja.[1]